Tuesday 13 December 2011

NICE PIC N NICE PIC ..HUUHHU :))) ^^





TUESDAY, JULY 29, 2008

Cerita tentang sahabat...lagi...

Kawanbila rasa ingin menangis 
hubungilah aku
 
aku takkan suruh kau berhenti menangis
 
tapi...
aku akan kata
"aku ingin menangis dengan kau

tapi tak leh lama sangat
 
nanti habis air mata aku"
 

Kawan
jika terasa nak larikan diri
jauh dari masalah yg menyelubungi 
maklumkan aku
 
aku takkan halang kau
 
tapi...
 aku akan kata
"berlarilah bersama aku
 
untuk kau lupakan sementara masalah
 
cuma jangan terlalu laju
 
aku tak larat nak kejar
 
kaki aku pendek."
 
dan lepas itu aku juga akan kata
"Kau tak boleh selamanya lari dari masalah, hadapi ia"
Kawan
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia 
beritahulah aku
 
aku takkan minta kau benci pada keluargamu
tapi… aku akan kata
"Kajilah punca kekecewaanmu, dan pa
ling pentingterimalah segala ketentuan Allah..."

Kawan 
jika kau kecewa
dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti
 
ceritalah pada aku
 
aku takkan memburukkan dia
tapi aku akan kata
"cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,
dan kau akan mengerti..." 

Tetapi kawan
 
jika suatu hari aku berdiam diri
 
aku tak balas sms kau
 
aku tak angkat panggilan dari kau
 
hubungilah aku segera (kot emel ke, kot surat ke)
 
sebab waktu itu aku
 
ermmm...
 
aku sangat perlukan kau (dan aku malu untuk mengakuinya)
 
atau mungkin
...
aku telah kekal bersemadi 
diruang nan dalam dan sepi.

Diatas adalah satu karya yang abah petik dari blog seorang sahabat. Abah ubahsuai sikit karya itu untuk sesuaikan dengan keadaan.


Kenapa abah petik tulisan sahabat itu?
- Kerana abah rasa ada mesej untuk abah disitu.
- Kerana abah rasa, abah akan berbuat semacam apa yang ditulis, untuk seorang sahabat
dan
- Kerana abah rasa itu juga yang abah harapkan dilakukan oleh seorang sahabat.


Dan untuk sahabat yang membaca, "Persahabatan itu adalah nilai hati bukan untuk dipendam, tapi untuk ditunjukkan. Ditunjukkan dengan kaedah terbaik, dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah SWT".


Abah tinggalkan untuk anda tafsir sendiri apa yang abah tulis. Mungkin ada kaitannya dengan anda, mungkin juga tidak. Tetapi abah yakin, selagi mana kita ini punya sahabat, tulisan diatas akan tetap berkait dengan diri kita, dan sahabat2 kita.

Cerita tentang KAWAN

Kawan.
Penghibur duka dan pencetus hiba..
Membuahkan senyum..
KWN mengalirkan air mata..

Kawan..
Datang seketika..pergi entah kemana…
Sentiasa disisi..namun seakan tidak bererti…
Mencari sesuatu…
Untuk diisi agar ruang perhubungan ini..
Tidak sepi dimamah daki2 sakit hati..
Atau terus suram…
Dihakis dengki dan iri hati…
Malah terus tenggelam..
Dibawa arus pentingkan diri….

Kawan…
Kadang membuat aku terus terfikir..
Kelaskan kawan-kawan…
Mengikut acuan dan jalan tersendiri..
Ada kawan ketawa..
Ada kawan berduka..
Ada kawan membawa ke akhirat..
Disana syurga menghiasi…
Ada kawan membawa ke akhirat..
Menjadi penghuni neraka jahanam..
Ada kawan datang ketika senang..
Ada kawan datang ketika susah..
Ada kawan seperti tiada kawan..
Ada kawan ibarat tidak pernah jadi kawan..
Ada kawan yang bagai tidak pernah dikenali…
Ada kawan yang umpama adik dan kakak..

Kawan..
Ceritamu..
Ceritaku..
Haluan berbeza..
Menuju destinasi sama..
Mungkin hadirmu membawa hiba..
Mungkin hadirmu memberi bahagia..
Mungkin hadirmu mencarit luka..
Mungkin hadirmu melukis senyum tawa..
Namun setiap kamu sangat istimewa..



Mahligai Cinta Berserikan Taqwa

alt
Teringat akan pertemuan pertama saya dengan bakal bapa mertua. Saya menjadi makmum kepada beliau semasa solat Maghrib. Beliau membaca sebahagian surah At-Tahrim, antaranya:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu, neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim:6)
Ibn 'Abbas berkata tentang ayat ini:
Taatlah kepada Allah, jauhi keingkaran dan kedurhakaan kepadaNya, dan perintahkan keluargamu agar sentiasa ingat Allah, maka Allah akan menyelamatkan kamu daripada api neraka.
Mujahid berkata:
Bertaqwalah kepada Allah, dan perintahkan keluargamu agar bertaqwa kepadaNya.
Ingatlah kepadaNya
Firman Allah s.w.t :
Dan lelaki-lelaki yang banyak menyebut (nama) Allah serta perempuan-perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.(Al-Ahzab: 35)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
Aku (apa yang Aku berikan) adalah sebagaimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Sekiranya dia mengingati-Ku (menyebut-Ku) dalam sekumpulan manusia, Aku mengingatinya (menyebutnya) dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka (kumpulan manusia itu).(Riwayat Muslim)
Bersangka baiklah kepada-Nya dalam segala perkara. Apabila berdoa, yakinlah bahawa Allah Maha Mendengar, yakinlah bahawa Allah mampu dan akan memakbulkan doa, dengan cara yang dikehendakiNya, dalam bentuk yang dikehendakiNya, pada waktu yang dikehendakiNya.
Ingatlah kepada-Nya ketika senang, Dia pasti bersama kita ketika senang dan susah. Jangan hanya mencari Allah ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit, dan melupai-Nya sewaktu senang dan gembira.
Mulianya Kita Di Sisi Tuhan Dengan Taqwa
Takrif taqwa oleh sebahagian ulama', yang dinaqalkan oleh 'Abdullah Nasih Ulwan dalam kitab'Menuju Ketaqwaan' :
Memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal soleh (dan menjauhi maksiat) dan takut kepadaNya ketika terang dan tersembunyi.
Firman Allah Ta'ala:
30. Dan ditanya kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan." Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi, dan sesungguhnya negeri akhirat ialah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang bertaqwa.
31. (untuk mereka) Syurga-syurga 'Adn, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka beroleh di dalam syurga itu apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bertaqwa.
32. (Iaitu) Mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu, masuklah ke dalam syurga disebabkan amal (kebaikan) yang telah kamu kerjakan".(An-Nahl: 30-32)
Sabda Rasulullah s.a.w. , sebahagian daripada hadis yang panjang:
Maka bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hubungan dengan wanita, sesungguhnya kamu telah mengambil mereka melalui perjanjian dengan Allah (kalimah/amanah Allah). (Riwayat Muslim)
Cinta Kita
Ya Allah, jadikanlah diri kami mencintai keimanan dan hiaskanlah iman itu (jadikanlah iman itu indah) dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasiq dan maksiat serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.


Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.
Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''
 Astaghfirullah.
Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'
Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.
Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'
Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.
Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.
Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

Biodata Kolumnis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Pages